Assalamualaikum awak-awak semua,
Hari ini masuk hari ke-19 aku menjadi atkiner..hahaha. Best tau diet atkins ni, hari2 boleh makan sedap tapi still berat badan turun. Klu bukan berat yang turun dijamin inchloss korang ketara sangat. Tak percaya? Tak percaya? Percayalah cakap aku wei. Serius ni, korang tak cuba korang tak tau.
1 September yang lepas aku mulakan cabaran diet selama 3 minggu, means aku akan beraya pada 24 September nnt bersamaan dengan raya haji 1436H..hehehehe. Dalam cabaran ni aku bersama2 dengan akak-akak di pejabat yang semangat waja untuk turunkan berat badan. Tapi dalam ramai akak-akak tu ade sorang yang memang aku salute habis kat dia. Dialah mentor kitorang yang baru-baru nak berdiet ni.
Sebenarnya aku pun tak ingat ini dah kali ke berapa aku berniat untuk buat atkins.. asal buat tahanlah dalam seminggu macam tu, lepas tu aku dah start berenang ke laut dalam. Kali ini aku lebih nekad untuk teruskan cabaran demi cabaran. Target untuk 3 minggu ni aku nk kurangkan 7 kg je dulu, takut nak letak target tinggi-tinggi takut kelaut hasilnya.
Alhamdulillah setakat dua minggu ni aku berjaya kurangkan 4 kg beras dalam badan aku ni. Sebenarnya boleh lebih lagi, tapi mungkin kerana kurang minum air dan ade cheat sikit2. Kalau betul2 clean seminggu korang boleh turukan 5kg. Tapi takpe slow and steady lagi bagus dari drastik turun, takut badan korang terkejut nnt kalau turun cepat sangat.
Aku ambil tugas untuk masakkan untuk semua yang join group ni. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku untuk bangun setiap pagi sediakan makanan untuk diorang. Tapi kadang2 ade jugak culasnya sehari dua sebab layankan mata, last-last terlelap sampai ke subuh. Aku rasa kalau masak sendiri lagi semangat nak kurus, sebab kita kontrol semuanya gula, garam, minyak.
Sekarang memang tengah rajin nak cari resepi2 untuk dicuba. Setiap hari akan buka youtube dan google resepi yang best-best. Enjoy gila diet makan sedap ni, macam-macam resepi korang belajar. Hopefully Allah kekalkan semangat aku dan kerajinan aku ni untuk masak memasak ni bukan separuh jalan je.
cukup sampai sini dulu, nnt aku akan upload gambar-gambar masakan yang aku masak setiap hari berserta resepi. kita kongsi sama2 k. chow cincau..
DIET -- KURUS -- SIHAT -- CERGAS
Anda Sihat Anda Bahagia.. *wink *wink
Sunday, September 20, 2015
Monday, May 12, 2014
BIGgest Loser with geng bas sekolah
Akhirnya aku join geng bas sekolah aku untuk wat program biggest loser di pejabat. Kami berenam join program tersebut. Tapi peserta yang sah hanya 4 orang sahaja. Dua orang lagi sebagai urusetia dan pemerhati.
Rasa seronok plak bila nk start berdiet ramai2 ala2 biggest loser. Arini kami mulakan dengan timbangan. Urusetia siap bwk penimbang cosway untuk kami rekodkan segalanya berkaitan dengan berat, % lemak, % air dalam badan, nilai kalori, dan saiz tulang. Huhuhu xsabar nak naik penimbang sekali lagi next week.
Bila dah rekod, tertanya akula juaranya dari segi berat, lemak dan nilai kalori. Tapi xpe mmg aku akui akulah yang paling berat sekali. Selesai menimbang, satu group whatsapp dibuat untuk yang join program ni. Tujuannya untuk berkongsi ape-ape sesama kami.
Aku bercadang nak buat atkins dan ambil supplement set kurus shaklee. Semoga usaha aku kali ini berkekalan dan konsisten. Bukan sebab nak menang, tapi nak sihat.
Macam-macam gelagat geng-geng bas sekolah aku selepas sesi menimbang. Ade yang cari info pasal kalori, lemak, makanan ape yang boleh dimakan. Ape-ape pun ikut kesesuaian masing-masing dalam berdiet, janji kita turun berat ok..
GO GO GIRL.. GO GO GIRL.. GO GO GIRL..

Subscribe to:
Posts (Atom)